Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

6 didakwa di mahkamah terbabit kes bunuh ahli perniagaan

Enam suspek termasuk seorang lelaki bergelar Datuk dan warga Bangladesh yang disyaki terbabit dalam kes culik dan bunuh seorang ahli perniagaan bergelar Datuk Seri akan didakwa di Mahkamah Majistret Petaling Jaya hari ini (9 Jul).

Anggaran Waktu Membaca:
6 didakwa di mahkamah terbabit kes bunuh ahli perniagaan

Gambar fail seseorang digari. (Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 09 Jul 2020 01:49PM Dikemas Kini : 09 Jul 2020 01:50PM

KUALA LUMPUR: Enam suspek termasuk seorang lelaki bergelar Datuk dan warga Bangladesh yang disyaki terbabit dalam kes culik dan bunuh seorang ahli perniagaan bergelar Datuk Seri akan didakwa di Mahkamah Majistret Petaling Jaya hari ini (9 Jul).

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Fadzil Ahmat berkata pertuduhan terhadap enam lelaki itu akan dibuat mengikut Seksyen 3 Akta Culik 1961 dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

“Sejumlah 11 tangkapan telah dibuat bagi siasatan berhubung kes ini dan Jabatan Peguam Negara telah mengeluarkan arahan untuk pertuduhan dibuat terhadap enam suspek berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bernama sebelum ini melaporkan mayat seorang ahli perniagaan berusia 55 tahun ditemukan di kawasan belukar Batu 27, Jalan Rawang Bestari Jaya pada 27 Jun lalu selepas 18 hari diculik.

Mangsa yang juga seorang pemaju hartanah dipercayai diculik ketika bersenam di kawasan taman permainan di Jalan Persiaran Perdana, Bandar Sri Damansara, Petaling Jaya pada pukul 10:30 pagi pada 10 Jun lalu.

Siasatan polis mendapati seorang daripada suspek membuat panggilan dan meminta wang tebusan S$50 juta daripada keluarga mangsa, namun tiada pembayaran dibuat.

Pada 2 Julai lalu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Huzir Mohamed dilaporkan berkata pihaknya tidak menolak kemungkinan motif kes berkenaan disebabkan masalah hutang dan perniagaan.

Sumber : Bernama/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan