Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

6 anggota parlimen sertai BERSATU tiada lagi hubungan dengan UMNO

Enam anggota parlimen yang menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak lagi mempunyai apa juga pertalian dan hubungan dengan UMNO, kata Timbalan Presiden UMNO Encik Mohamad Hasan.

Anggaran Waktu Membaca:
6 anggota parlimen sertai BERSATU tiada lagi hubungan dengan UMNO

Perdana Menteri Malaysia, Dr Mahathir Mohamad berucap di Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) kedua Bersatu. (Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 13 Feb 2019 07:52AM Dikemas Kini : 13 Feb 2019 07:55AM

SEREMBAN: Enam anggota parlimen yang menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak lagi mempunyai apa juga pertalian dan hubungan dengan UMNO, kata Timbalan Presiden UMNO Encik Mohamad Hasan.

Beliau yang menjalankan tugas-tugas Presiden UMNO dalam satu kenyataan, semalam (12 Feb) berkata keputusan yang diambil oleh bekas anggota parti itu tidak akan merencatkan kelangsungan dan agenda perjuangan UMNO.

“Pemilihan mereka untuk menyertai mana-mana pihak pasca UMNO adalah hak mereka sepenuhnya. UMNO dan saya merakamkan terima kasih atas segala sumbangan dan jasa mereka dalam UMNO sebelum ini. Selamat maju jaya dalam perjalanan politik mereka selepas ini bersama Bersatu,” katanya.

Semalam (12 Feb), Pengerusi Bersatu yang juga Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad mengumumkan penyertaan enam bekas anggota parlimen UMNO ke dalam Bersatu.

Mereka terdiri daripada Encik Hamzah Zainudin (Larut), Encik Rosol Wahid (Hulu Terengganu), Dr Abdul Latiff Ahmad (Mersing), Encik Shabudin Yahaya (Tasik Gelugor), Encik Mohamad Fasiah Mohd Fakeh (Sabak Bernam), Encik Ikmal Hisham Abdul Aziz (Tanah Merah).

Dr Mahathir berkata keenam-enam anggota parlimen itu diterima menyertai Bersatu setelah mengkaji permohonan mereka selain meletakkan syarat bahawa mereka hanya akan menjadi anggota biasa tanpa memegang sebarang jawatan dalam parti.

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan