Images
  • covid vaccine
    Seorang pekerja kesihatan memegang dulang-dulang vaksin COVID-19 di Bandar Quezon, Filipina, pada 13 Sep 2021. (Gamba: AP)

6.51 bilion dos vaksin COVID-19 didaftar di seluruh dunia

WASHINGTON: Lebih 6.51 bilion dos vaksin COVID-19 sudah didaftar atau disuntik di seluruh dunia setakat ini.

Menurut data Universiti Johns Hopkins, China kini mendahului senarai dengan lebih 2.22 bilion dos vaksin yang sudah didaftarkan.

Ini disusuli dengan India yang mencatatkan sebanyak 964 juta dos manakala Amerika Syarikat sudah mendaftarkan lebih 402 juta dos vaksin.

Brazil pula mencatat lebih 249 juta dos sementara Jepun mendaftarkan lebih 175 juta dos.

Turki, Jerman dan Mexico mencatat angka melebihi 100 juta dos.

Di Asia Tenggara, Indonesia terus mendahului negara-negara lain dengan mendaftarkan 160 juta dos.

Ini disusuli dengan Thailand yang sudah memberikan lebih 61 juta dos, manakala Filipina dan Malaysia lebih 46 juta.

Lebih 9 juta dos vaksin sudah diberikan di Singapura.

- Agensi berita/HA/ha

Top