6.42 bilion dos vaksin COVID-19 disuntik di seluruh dunia
Lebih 6.42 bilion dos vaksin COVID-19 sudah didaftar atau disuntik di seluruh dunia setakat ini.
WASHINGTON: Lebih 6.42 bilion dos vaksin COVID-19 sudah didaftar atau disuntik di seluruh dunia setakat ini.
Menurut data Universiti Johns Hopkins, China mendahului senarai dengan lebih 2.21 bilion dos vaksin didaftarkan.
Ini disusuli dengan India yang mencatatkan 939 juta dos dan Amerika Syarikat dengan lebih 398 juta dos vaksin.
Brazil mendaftarkan lebih 246 juta dos manakala Jepun melebihi 172 juta.
Sementara itu, Turki, Jerman dan Mexico sudah memberikan lebih 100 juta dos vaksin.
Di Asia Tenggara, Indonesia mendahului negara-negara lain dengan 154 juta dos vaksin.
Ia disusuli dengan Thailand yang sudah memberikan lebih 58 juta dos vaksin manakala Filipina dan Malaysia sudah memberikan lebih 48 juta dos vaksin.
Singapura mencatatkan lebih sembilan juta dos vaksin yang didaftar.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.