Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

59 suspek pengganas dari 7 negara diberkas di Jeddah dalam tempoh kurang sebulan

Sebanyak 59 orang yang disyaki pengganas diberkas dalam tempoh 25 hari di Arab Saudi. Mereka yang diberkas merupakan warga daripada tujuh negara, lapor Saudi Gazette semalam (17 Apr) yang menukil Pejabat Keselamatan Negara kerajaan tersebut.

Anggaran Waktu Membaca:
59 suspek pengganas dari 7 negara diberkas di Jeddah dalam tempoh kurang sebulan

Polis Saudi mengawal keselamatan di tempat di mana seorang pengebom nekad meletupkan diri pada awal pagi 4 Julai di Jeddah. (Gambar: STRINGER / AFP)

Diterbitkan : 18 Apr 2018 10:47PM Dikemas Kini : 18 Apr 2018 10:49PM

JEDDAH: Sebanyak 59 orang yang disyaki pengganas diberkas dalam tempoh 25 hari di Arab Saudi. Mereka yang diberkas merupakan warga daripada tujuh negara, lapor Saudi Gazette semalam (17 Apr) yang menukil Pejabat Keselamatan Negara kerajaan tersebut.

Ia menyatakan bahawa suspek-suspek terdiri daripada 33 rakyat Saudi, 13 warga Turki, dua warga Afghan, satu warga Kenya dan satu lagi dari Nigeria.

Buat kali pertama tahun ini, seorang rakyat Sri Lanka diberkas pada 7 Mac. Seorang warga Kenya diberkas pada 1 April.

Para suspek dari Barat pula merupakan seorang rakyat Perancis, dua rakyat Kanada, tiga rakyat Rusia dan lima lagi warga Amerika, lapor Saudi Gazette.

Rakyat Yaman, dengan 320 lagi suspek pengganas, berada di tangga tertinggi dalam senarai diikuti dengan rakyat Syria (206) dan rakyat Pakistan (79).

LEBIH 5,300 SEDANG DITAHAN KERANA DISYAKI PENGGANAS

Menurut Saudi Gazette, Kementerian Ehwal Dalam Negeri juga mengesan 71 suspek pengganas dari Mesir, 23 orang dari Sudan, 22 orang dari Palestin, 19 orang dari Jordan, 10 orang dari India dan 16 lagi dari Chad.

Terdapat 12 suspek pengganas dari Bahrain, tujuh dari Afghanistan, empat dari Ethiopia, dan setiap satu dari Libya, Djibouti dan Kenya.

Laman Nafethah pula mendedahkan bahawa 14 suspek Turki diberkas tahun ini. Ini sekali gus menambah bilangan suspek Turki yang diberkas kepada 17 sementara jumlah suspek Iran naik kepada sembilan.

Laman tersebut turut menyatakan terdapat sembilan suspek yang tidak diketahui kerakyatannya. Tiga daripadanya kini disiasat di bawah Pendakwaan Raya (PP).

Dua diantaranya akan diserahkan kepada PP dan empat lagi masi ditahan dalam penjara perisik.

Terdapat 5,305 suspek yang ditahan, menurut senarai yang dikemas kini dan dimuat naik di laman Nafethah.  

Sumber : Agensi berita/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan