Images
  • phuket tourist
    (Gambar: Agensi berita)

59 pelancong pertama tiba bagi 'kuarantin vila' di Phuket

PHUKET: 59 pelancong dari beberapa negara Eropah tiba dari Indonesia sebgai kumpulan pertama pengunjung yang menjalani "kuarantin vila" selama 14 hari di Hotel Sri Panwa, lapor agensi berita Thai (TNA).

Kumpulan pelancong mewah itu tiba di lapangan terbang Phuket pada Ahad (21 Feb) dan dibawa ke hotel itu yang diberi kelulusan oleh Pusat bagi Pentadbiran Situasi COVID-19 untuk berfungsi sebagai kemudahan "kuarantin vila" yang memenuhi langkah kawalan penyakit yang dilaksanakan oleh Kementerian Kesihatan Awam.

Setelah menjalani pemeriksaan suhu badan, menunjukkan sijil kesihatan dan menjalani prosedur imigresen, para pengunjung menaiki van yang dikerahkan oleh hotel untuk ke X Terminal di mana sampel-sampel termasuk ujian swab diambil daripada mereka bagi ujian COVID-19.

Timbalan gabenor Phuket Pichet Panapong berkata para pengunjung itu membentuk kumpulan pelawat pertama yang tinggal di sebuah kemudahan "kuarantin vila". Jika proses kuarantin yang baru itu berjaya, ia akan dijadikan sebagai contoh usaha memulihkan sedikit sebanyak industri pelancongan. 

- BERNAMA/HA/ha

Top