Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

52 pelajar tahfiz terkena keracunan makanan

Seramai 52 pelajar Tahfiz Darul Ulum di Senawang di Seremban mengalami keracunan makanan yang disyaki berpunca daripada ayam masak kunyit yang disedekahkan oleh orang awam pada malam tadi (18 Okt).

Anggaran Waktu Membaca:
52 pelajar tahfiz terkena keracunan makanan

Siasatan ke atas kediaman individu yang menyumbangkan makanan sudah dijalankan, dan kebersihan tempat penyediaan makanan didapati memuaskan. (Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 19 Oct 2018 11:10PM Dikemas Kini : 19 Oct 2018 11:17PM

SEREMBAN: Seramai 52 pelajar Tahfiz Darul Ulum di Senawang di Seremban mengalami keracunan makanan yang disyaki berpunca daripada ayam masak kunyit yang disedekahkan oleh orang awam pada malam tadi (18 Okt).

Pengarah Kesihatan Negeri Sembilan, Dr Zainudin Mohd Ali, berkata para pelajar yang berusia antara 7 hingga 12 tahun itu menunjukkan tanda keracunan seawal 4.00 pagi tadi (19 Okt), sebelum dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar, Seremban untuk mendapatkan rawatan.

"Tiga puluh enam pelajar mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar di Jabatan Kecemasan, Hospital Tuanku Jaafar, Seremban, dan 33 pelajar tersebut dibenarkan pulang ke pusat tahfiz manakala tiga lagi pelajar masih dipantau di wad kecemasan.

"Selain itu, 16 lagi pelajar dirawat pasukan perubatan dari Klinik Kesihatan Ampangan, Seremban dan kesemua pelajar tersebut berada dalam keadaan stabil," katanya dalam kenyataan hari ini (19 Okt).

Dr Zainudin berkata individu yang menyumbangkan makanan tersebut sudah dikenal pasti dan siasatan ke atas kediamannya juga dijalankan, dan mendapati kebersihan tempat penyediaan makanan adalah memuaskan.

"Setakat ini, beberapa sampel makanan telah dihantar ke Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan, Sungai Buloh untuk ujian selanjutnya dan keputusan dijangka siap dalam tempoh satu hingga dua minggu lagi.

“Punca sebenar masih dalam siasatan dan saya mengingatkan orang ramai agar sentiasa memastikan keselamatan makanan dengan mengamalkan konsep lihat, hidu dan rasa sebelum makan untuk mengelak makanan yang berisiko penyebab keracunan makanan," katanya. 

Sumber : Bernama/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan