Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

51 kanak-kanak cedera dalam serangan kimia di tadika

Sekitar 50 kanak-kanak, cedera setelah seorang lelaki memecah masuk ke dalam sebuah tadika di barat daya China dan menyemburkan cecair bahan hakis. Demikian menurut pihak berkuasa tempatan pada Selasa (12 Nov).

Anggaran Waktu Membaca:
51 kanak-kanak cedera dalam serangan kimia di tadika

Orang ramai menyalakan lilin semasa hari memperingati serangan yang menyebabkan dua kanak-kanak maut di Shanghai pada 2018. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 12 Nov 2019 05:48PM Dikemas Kini : 12 Nov 2019 05:50PM

BEIJING: Sekitar 50 kanak-kanak, cedera setelah seorang lelaki memecah masuk ke dalam sebuah tadika di barat daya China dan menyemburkan cecair bahan hakis. Demikian menurut pihak berkuasa tempatan pada Selasa (12 Nov).

Suspek bernama Kong, 23 tahun, memasuki tadika tersebut dengan memanjat tembok sebelum menyemburkan natrium hidroksida ke arah para mangsa, menurut pihak berkuasa tempatan di bandar Kaiyuan, wilayah Yunnan.

Serangan tersebut berlaku pada Isnin, jam 3.35 petang, menurut pihak berkuasa di akaun Weibonya.

51 kanak-kanak dan tiga guru dimasukkan ke hospital bagi menjalani rawatan dengan dua daripada mereka mengalami simptom teruk.

Polis memberkas Kong kurang sejam selepas serangan itu berlaku.

"Oleh kerana ibu bapanya bercerai sewaktu dia kecil, kekurangan kasih sayang keluarga menyebabkan gangguan psikologi," jelas pihak berkuasa tempatan.

Mereka menambah semua itu mewujudkan mentaliti dan pemikiran yang pesimis tentang membalas dendam terhadap masyarakat.

Serangan ganas menyasarkan kanak-kanak sekolah bukanlah satu kejadian luar biasa di China, yang sudahpun menyaksikan beberapa insiden maut sepanjang beberapa tahun kebelakangan ini - lazimnya melibatkan penggunaan pisau.  

Sumber : AFP/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan