Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

51 cedera, gempa bumi 5.8 Richter gegar Filipina

Sekurang-kurangnya 51 orang cedera selepas gempa bumi berukuran 5.8 skala Richter melanda selatan Filipina pada kira-kira jam 4.42 pagi (waktu tempatan) hari ini (13 Jul).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 13 Jul 2019 05:56PM Dikemas Kini : 13 Jul 2019 10:35PM

MANILA: Sekurang-kurangnya 51 orang cedera selepas gempa bumi berukuran 5.8 skala Richter melanda selatan Filipina pada kira-kira jam 4.42 pagi (waktu tempatan) hari ini (13 Jul).

Gegaran paling teruk melanda pulau Mindanao sekitar 4.42 pagi pada kedalaman 11.8 kilometer.

Pejabat Seismologi Filipina menyatakan sekurang-kurangnya tujuh gegaran susulan dirasakan, menyebabkan ramai penduduk meninggalkan rumah mereka, manakala beberapa bangunan kediaman, perniagaan dan gereja rosak.

Gegaran turut dirasakan di beberapa bandar lain termasuk Cebu, tengah Filipina.

Ketua polis bandar Madrid, Leftenan Wilson Uanite berkata, pegawai di balai polis di bandar yang berhampiran pusat gempa itu terpaksa berlindung di bawah meja kerana mengelak daripada terkena serpihan pintu kaca, almari kabinet dan televisyen yang jatuh ke lantai.

April lalu, 11 orang terbunuh selepas gempa bumi berkekuatan 6.3 magnitud menggegarkan utara ibu kota Manila sehingga mengakibatkan sebuah pusat beli-belah runtuh. 

Sumber : AFP/MM/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan