Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

500,000 permohonan dibuat menerusi aplikasi Gerak Malaysia untuk pulang bekerja

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima lebih 500,000 permohonan orang ramai melalui aplikasi Gerak Malaysia untuk pulang bekerja, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob.

Anggaran Waktu Membaca:
500,000 permohonan dibuat menerusi aplikasi Gerak Malaysia untuk pulang bekerja

(Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 02 May 2020 04:33PM Dikemas Kini : 02 May 2020 04:35PM

PUTRAJAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima lebih 500,000 permohonan orang ramai melalui aplikasi Gerak Malaysia untuk pulang bekerja, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata PDRM akan menyediakan jadual pergerakan yang bermula dari 7 Mei hingga 10 Mei ini bagi tujuan itu.

"Kita akan membenarkan rakyat terperangkap di kampung untuk pulang ke bandar dan sebagainya. PDRM akan membuat kenyataan media mengenai penjelasan yang lebih terperinci mengenai perkara itu.

"Bagi penjawat awam tidak perlu tergesa-gesa untuk balik pada hari ini atau esok walaupun pejabat dibuka pada Isnin ini kerana Ketua Setiausaha Negara (KSN) bersetuju mereka (penjawat awam) tidak perlu memulakan kerja pada Isnin,"  katanya semasa sidang media harian hari ini (2 Mei).

Encik Ismail Sabri berkata pihak majikan diminta supaya jangan mengambil sebarang tindakan terhadap pekerja mereka yang belum mendapat kelulusan dari PDRM untuk pulang memulakan tugas pada Isnin ini.

"Saya minta kerjasama majikan-majikan di syarikat swasta beri ruang kepada pekerja mereka untuk memulakan kerja berdasarkan jadual disediakan pihak polis.

"Jadi janganlah mengambil tindakan kalau pekerja mereka tidak mula kerja pada Isnin depan kerana permulaan perjalanan adalah pada Khamis (7 Mei). Diharap tidak ada pekerja-pekerja yang diambil tindakan oleh majikan-majikan swasta kerana ini bukan pilihan pekerja mereka tetapi berdasarkan jadual dikeluarkan PDRM," katanya.

Beliau menambah kerajaan akan meminta Kementerian Sumber Manusia untuk melihat daripada segi perundangan jika tindakan boleh diambil terhadap majikan yang mengenakan tindakan (disiplin) kepada pekerja mereka.

Sumber : Bernama/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan