Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

5 warga Korea Selatan maut setelah disuntik vaksin selesema

Lima orang meninggal dunia setelah disuntik vaksin selesema di Korea Selatan pada minggu lalu, menurut pihak berkuasa, dengan insiden itu mencetuskan kebimbangan terhadap keselamatan vaksin sedang program inokulasi musiman diperluaskan untuk menangani sebarang komplikasi COVID-19.

Anggaran Waktu Membaca:
5 warga Korea Selatan maut setelah disuntik vaksin selesema

(Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 21 Oct 2020 08:20PM Dikemas Kini : 21 Oct 2020 08:23PM

SEOUL: Lima orang meninggal dunia setelah disuntik vaksin selesema di Korea Selatan pada minggu lalu, menurut pihak berkuasa, dengan insiden itu mencetuskan kebimbangan terhadap keselamatan vaksin sedang program inokulasi musiman diperluaskan untuk menangani sebarang komplikasi COVID-19.

Pihak berkuasa menyatakan tiada alasan untuk bertanggapan bahawa kematian-kematian itu terkait dengan vaksin tersebut namun siasatan, termasuk bedah siasat, sedang dijalankan.

Berdasarkan taklimat pada Rabu (21 Okt), pemerintah turut mendedahkan bahawa antara kematian yang dilaporkan termasuk seorang remaja lelaki berusia 17 tahun dan lelaki warga tua berusia 70-an tahun.

Kematian-kematian itu berlaku beberapa minggu selepas program vaksin nasional digantung kerana kebimbangan terhadap keselamatan, dengan kematian tersebut menjadi tajuk utama berita di Korea Selatan.

Pihak berkuasa pada bulan lalu mengumumkan rancangan untuk mendapatkan lagi 20 peratus vaksin selesema untuk musim sejuk ini berbanding tahun sebelumnya bagi menyuntik 30 juta penduduk dalam usaha untuk mencegah sistem kesihatan negara daripada dibebani oleh pesakit selesema dan COVID-19.

Sungguhpun demikian, permulaan program suntikan percuma untuk sekitar 19 juta penduduk yang layak itu digantung selama tiga minggu setelah mendapat tahu sekitar 5 juta dos, yang perlu disejukkan, terdedah kepada suhu bilik ketika dibawa ke sebuah kemudahan perubatan.

Mempertingkatkan keyakinan masyarakat terhadap vaksin adalah satu cabaran utama global tahun ini, sedang sesetengah negara berlumba-lumba untuk meluluskan vaksin COVID-19 sebelum keselamatan dan keberkesanannya dapat dibuktikan.

Bahkan sebelum berlaku pandemik virus korona, keyakinan terhadap vaksin turut membentuk satu cabaran yang kian meningkat bagi badan-badan kesihatan awam. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyifatkan keraguan terhadap vaksin sebagai salah satu daripada 10 ancaman terbesar kesihatan global tahun lalu.

Di Korea Selatan, tinjauan awal bulan ini mendapati bahawa 62 peratus daripada 2,548 responden di wilayah Gyeonggi, dekat Seoul, tidak akan menerima suntikan vaksin COVID-19, sekalipun selepas vaksin diluluskan, selagi semua pertanyaan mengenai keselamatannya belum dijawab sepenuhnya.

Sumber : Reuters/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan