Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

5 wanita menyamar sebagai lelaki, tonton bola sepak di stadium

Kalau sudah minat terhadap sesuatu, setiap halangan akan ditempuh, biarpun terpaksa melakukan perkara di luar jangkaan.

Anggaran Waktu Membaca:
5 wanita menyamar sebagai lelaki, tonton bola sepak di stadium

Siap dengan 'janggut', wanita-wanita ini berani melanggar larangan, tonton pasukan bola sepak kegemaran di stadium. (Gambar: Hassanvand/Twitter)

Diterbitkan : 01 May 2018 10:54AM Dikemas Kini : 01 May 2018 10:58AM

TEHRAN: Kalau sudah minat terhadap sesuatu, setiap halangan akan ditempuh, biarpun terpaksa melakukan perkara di luar jangkaan.

Inilah yang berlaku di Iran apabila lima peminat bola sepak wanita sanggup menyelinap masuk ke sebuah stadium dengan menyamar sebagai lelaki.

Undang-undang negara itu melarang kaum wanita daripada menyaksikan perlawanan bola sepak yang disertai lelaki di stadium.

Namun, gambar kumpulan wanita yang berani menyamar sebagai lelaki dengan mengenakan pakaian sukan, rambut dan jambang palsu menjadi viral di media sosial baru-baru ini.

Menurut laporan portal tempatan, tindakan itu dilakukan bagi meraikan majlis penyampaian trofi selepas pasukan kegemaran mereka Persepolis menerima gelaran ke-11 sebagai juara negara di Stadium Azadi, Iran.

Insiden itu mendapat perhatian Presiden Iran, Hassan Rouhani yang kemudian memaklumkan bahawa negara tersebut merancang untuk membenarkan kaum wanita menghadiri setiap acara sukan tidak lama lagi.

Awal bulan ini, 35 wanita ditahan kerana cuba melakukan perkara sama, namun mereka kemudiannya dibebaskan.

Sumber : Reuters/Agensi berita/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan