Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

5 remaja perempuan maut dalam kebakaran semasa permainan 'bilik melarikan diri'

Lima remaja maut manakala seorang lelaki melecur teruk dalam kebakaran di 'bilik melarikan diri' atau 'escape room' di sebuah pusat permainan interaktif di bandar Koszalin di bahagian utara Poland, menurut para pegawai.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 05 Jan 2019 06:28PM Dikemas Kini : 05 Jan 2019 10:42PM

WARSAW: Lima remaja maut manakala seorang lelaki melecur teruk dalam kebakaran di 'bilik melarikan diri' atau 'escape room' di sebuah pusat permainan interaktif di bandar Koszalin di bahagian utara Poland, menurut para pegawai.

"Mangsa-mangsa tragedi itu adalah remaja perempuan berusia 15 tahun, yang sedang meraikan hari lahir salah seorang daripada mereka," kata Menteri Dalam Negeri Poland Joachim Brudzinski kepada stesen penyiar TVN24.

Jurucakap pasukan bomba Tomasz Kubiak hanya dapat mengesahkan bahawa mangsa-mangsa adalah perempuan, sambil memberitahu agensi berita AFP bahawa "salah seorang lelaki mengalami kelecuran teruk dan sudah dihantar ke unit jagaan rapi".

Pegawai media polis tempatan, Monika Kosiec, memberitahu para wartawan bahawa lelaki yang cedera itu dipercayai berusia 25 tahun.

Para pegawai polis dan bomba mengatakan mereka belum lagi mengenal pasti punca kebakaran itu, yang dilaporkan berlaku pada awal petang semalam (4 Jan).

Dalam permainan 'escape room', para peserta menggunakan strategi dan panduan untuk keluar dari sebuah bilik yang dikunci.

Berasal daripada satu permainan video, ia amat popular dalam kalangan belia di merata dunia. Di Poland sahaja, terdapat sekitar 1,000 bilik permainan itu. 

Sumber : AFP/MU/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan