Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

5 pekerja kebajikan diculik, dirogol

Mangsa-mangsa memaklumkan bahawa, para penyerang merakam kejadian serangan dan mengancam mereka jika melaporkannya kepada polis.

Anggaran Waktu Membaca:
5 pekerja kebajikan diculik, dirogol

Gambar hiasan. (Gambar: AFP/Getty Images/Joe Raedle)

Diterbitkan : 23 Jun 2018 06:28PM Dikemas Kini : 23 Jun 2018 06:31PM

NEW DELHI: Lima pekerja kebajikan di sebuah kawasan pedalaman di timur India bukan sahaja diculik tetapi turut dirogol secara berkumpulan dalam kejadian serangan seksual terbaharu di negara itu. Ini menurut polis New Delhi.

Dalam aduan yang dibuat, mangsa-mangsa diculik ketika membuat persembahan meningkatkan kesedaran mengenai pemerdagangan manusia di daerah puak di Khunti, Jharkhand pada Selasa lalu (19 Jun).

Mangsa-mangsa memaklumkan bahawa, para penyerang merakam kejadian serangan dan mengancam mereka jika melaporkannya kepada polis.

Pegawai polis, Rajesh Prasad berkata, semua wanita terbabit bertugas untuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Asha Kiran.

"Kami sudah menyoal beberapa individu dan kesemua mangsa telah menjalani rawatan susulan," kata Prasad.

Dalam pada itu, polis turut menahan penyokong Pathalgadi, gerakan antikerajaan popular di beberapa perkampungan. Penyokong Pathalgadi menolak orang luar dan melarang mereka masuk atau menetap di kawasan mereka.

India menarik perhatian antarabangsa sejak serangan rogol berkumpulan dan bunuh pada 2012 dalam sebuah bas yang mencetuskan kemarahan dan protes di seluruh negara.

Daripada jumlah enam penyerang, ia terus meningkat dengan 39,000 kes rogol dicatatkan pada 2016.

Jharkhand khusunya menjadi tumpuan selepas tiga remaja dirogol dan dibakar hidup-hidup dalam kejadian berasingan bulan lalu.

Sumber : Agensi berita/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan