Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

5 maut termasuk pejalan kaki selepas pesawat terhempas

Lima orang mati apabila sebuah pesawat sewa khas terhempas di bandar Mumbai, India awal petang tadi (28 Jun).

Anggaran Waktu Membaca:
5 maut termasuk pejalan kaki selepas pesawat terhempas

Pasukan Bomba di tempat kejadian. (Gambar: Francis Mascarenhas/ Reuters)

Diterbitkan : 28 Jun 2018 11:26PM Dikemas Kini : 28 Jun 2018 11:30PM

MUMBAI: Lima orang mati apabila sebuah pesawat sewa khas terhempas di bandar Mumbai, India awal petang tadi (28 Jun).

Tempat nahas itu adalah sebuah tapak binaan di kawasan padat dengan penduduk. Selain tiga penumpang dan juruterbangnya, seorang lagi yang mati adalah pejalan kaki.

"Terdapat dua juruterbang dan dua lagi jurutera penyenggara dalam pesawat itu. Kesemua individu dalam pesawat termasuk seorang lagi di darat meninggal dunia," menurut kenyataan Lembaga Pengarah Penerbangan Awam (DGCA).

Punca nahas belum diketahui tetapi ia berlaku semasa pesawat 12 tempat duduk itu bersiap untuk mendarat.

Pihak berkuasa menyatakan pesawat itu milik sebuah syarikat swasta yang membelinya dari pemerintah wilayah Uttar Pradesh. 

Sumber : AFP/MU/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan