Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

5 maut akibat banjir besar di Jakarta

Lima orang maut akibat banjir besar yang menenggelamkan beberapa kejiranan di ibu kota Indonesia, Jakarta.

Anggaran Waktu Membaca:
5 maut akibat banjir besar di Jakarta

Banjir teruk menenggelamkan kejiranan-kejiranan di Jakarta. (Gambar: AFP/Adek Berry)

Diterbitkan : 21 Feb 2021 07:55PM Dikemas Kini : 21 Feb 2021 08:18PM

JAKARTA: Lima orang maut akibat banjir besar yang menenggelamkan beberapa kejiranan di ibu kota Indonesia, Jakarta.

Demikian menurut pihak berkuasa negara itu hari ini (21 Feb), sedang para penduduk kembali untuk membersihkan rumah mereka dan menyelamatkan barangan keperluan masing-masing.

Hujan lebat sepanjang hujung minggu ini, menyebabkan puluhan jalan raya utama dinaiki air dan memaksa ratusan orang ke tempat-tempat perlindungan kecemasan.

Seorang lelaki berusia 67 tahun ditemui mati selepas terperangkap dalam rumahnya, di daerah selatan Jakarta, yang ditenggelami air semalam (20 Feb), kata Ketua Agensi Bencana Jakarta Sabdo Kurnianto kepada AFP.

Beliau menambah, tiga budak lelaki juga maut setelah dihanyutkan arus manakala seorang kanak-kanak perempuan lemas.

Agensi kaji cuaca Indonesia memberi amaran bahawa hujan akan berterusan sehingga minggu depan.

Bandar metropolitan Jakarta yang mempunyai sekitar 30 juta penduduk sering dilanda banjir pada musim hujan.

"Air sungai melimpahi tebing dan membawa lumpur. Saya sudah mengalami banyak kerugian," kata Ali FAtullah, seorang penjual buah di bandar Bekasi, di luar bandar Jakarta.

Beliau berkata perabot dan peralatan elektroniknya rosak disebabkan banjir.

Menurut Encik Kurnianto, sekitar 1,700 orang masih berada di tempat-tempat perlindungan, meskipun ramai yang sudah mula pulang ke rumah.

40 daripada 200 kawasan yang dilanda banjir masih digenangi air bah sedalam sekurang-kurangnya 30 sentimeter.

Sumber : AFP/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan