Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

5 lelaki lemas cuba lolos serbuan sabung ayam

Mayat 5 orang lelaki yang melarikan diri daripada pihak berkuasa sewaktu serbuan polis ditemui semalam (19 Feb) di sebatang sungai di Kedah, Malaysia.

Anggaran Waktu Membaca:
5 lelaki lemas cuba lolos serbuan sabung ayam

Gambar: TURN BACK CRIME/ Facebook

Diterbitkan : 19 Feb 2018 10:51AM Dikemas Kini : 19 Feb 2018 10:53AM

SUNGEI PETANI: Mayat 5 orang lelaki yang melarikan diri daripada pihak berkuasa sewaktu serbuan polis ditemui semalam (19 Feb) di sebatang sungai di Kedah, Malaysia.

Kelima-lima lelaki itu yang berusia antara 40 dengan 50 tahun, terlibat dalam kegiatan sabung ayam di bahagian utara negara itu, menurut laporan New Straits Times.

Malam Jumaat lalu (16 Feb), pihak berkuasa menyerbu sarang sabung ayam di sebuah ladang kelapa sawit di Tanah Licin, Kuala Ketil di mana sekitar 200 orang terbabit.

"Kami memberkas 76 orang dan merampas 40 ayam jantan serta RM140,000 (S$47,100) dalam serbuan itu," kata ketua polis Baling Superintenden Shariffudin Yusof kepada The Star.

"Kami tidak tahu bahawa sesetengah daripada mereka melompat ke dalam sungai sehinggalah orang kampung memberitahu kami kerana tempat itu gelap," tambahnya.

Sungai Muda yang sebelum ini adalah kawasan pelombongan pasir dikatakan sedalam 40 meter.

"Lelaki-lelaki itu mungkin terperangkap semasa terjun ke dalam sungai," kata Supt Shariffudin.

Mayat kelima-lima lelaki itu dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah untuk dibedah siasat. 

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan