Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

5 kawasan di Selangor catat IPU tidak sihat pagi ini

Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di lima kawasan di Selangor menunjukkan tahap tidak sihat setakat pukul 10.00 pagi ini (10 Sep).

Anggaran Waktu Membaca:
5 kawasan di Selangor catat IPU tidak sihat pagi ini

(Gambar: AFP)

Diterbitkan : 10 Sep 2019 11:21AM Dikemas Kini : 10 Sep 2019 11:30AM

SHAH ALAM: Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di lima kawasan di Selangor menunjukkan tahap tidak sihat setakat pukul 10.00 pagi ini (10 Sep).

Menurut laman web Jabatan Alam Sekitar, bacaan IPU di Shah Alam adalah 127, Klang (119), Banting (122), Johan Setia, Klang (160) dan Petaling Jaya (137) manakala Kuala Selangor menunjukkan bacaan sederhana iaitu 93.

Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategori sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 ke 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (bahaya).

Tinjauan Bernama di sekitar Shah Alam menunjukkan orang ramai masih meneruskan aktiviti harian seperti biasa walaupun jarak pemandangan dikaburi dengan asap jerebu.

Orang ramai boleh merujuk kepada laman web http://apims.doe.gov.my untuk mengetahui tahap IPU terkini.

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan