Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

5 juta penduduk Indonesia terjejas akibat kemarau

Hampir lima juta penduduk di 11 wilayah di Indonesia kini menghadapi kekurangan bekalan air bersih berikutan musim kemarau sejak akhir Julai lalu.

Anggaran Waktu Membaca:
5 juta penduduk Indonesia terjejas akibat kemarau

(Gambar hiasan: Reuters)

Diterbitkan : 07 Sep 2018 10:58AM Dikemas Kini : 07 Sep 2018 10:59AM

JAKARTA: Hampir lima juta penduduk di 11 wilayah di Indonesia kini menghadapi kekurangan bekalan air bersih berikutan musim kemarau sejak akhir Julai lalu.

Setakat ini, Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia (BNPB) sudah memperuntukkan dana sebanyak Rp50 bilion (S$4.6 juta) bagi membekalkan air bersih di kawasan terbabit.

Ketua Pusat Data Informasi dan Hubungan Masyarakat BNPB Sutopo Purwo Nugroho berkata antara wilayah yang teruk terjejas adalah di Banten, Jawa Barat, Jawa Tengah, Yogyakarta, Jawa Timur, Nusa Tenggara Barat, Nusa Tenggara Timur dan Lampung.

"Di Pulau Lombok dan Pulau Sumbawa misalnya, bekalan air bersih amat meruncing berikutan berlakunya kejadian gempa bumi yang telah merosakkan sistem paip air," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata berdasarkan data Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika Indonesia (BMKG), musim kemarau itu dijangka berterusan sehingga akhir September ini.

Sumber : Bernama/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan