Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

5 geng curi motosikal di Johor Bahru ditumpaskan

Polis menahan 39 lelaki termasuk seorang warga Bangladesh yang dipercayai terlibat dalam kegiatan mencuri kenderaan di sekitar Iskandar Puteri menerusi ‘Ops Lejang Khas Iskandar Puteri’ - dijalankan sejak awal Januari lalu sehingga hari ini (15 Ogos).

Anggaran Waktu Membaca:
5 geng curi motosikal di Johor Bahru ditumpaskan

(Gambar: Ardie Shahrel/Facebook)

Diterbitkan : 15 Aug 2019 04:03PM Dikemas Kini : 15 Aug 2019 04:04PM

JOHOR BAHRU: Polis menahan 39 lelaki termasuk seorang warga Bangladesh yang dipercayai terlibat dalam kegiatan mencuri kenderaan di sekitar Iskandar Puteri menerusi ‘Ops Lejang Khas Iskandar Puteri’ - dijalankan sejak awal Januari lalu sehingga hari ini (15 Ogos).

Timbalan Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri Supt Ibrahim Mat Som berkata kesemua yang diberkas berusia antara 13 dengan 45 tahun itu turut terdiri daripada anggota kumpulan yang dikenali sebagai Geng Lejang Sniper, Geng Lejang Melawati, Geng Lejang Ah Chet, Geng Lejang Kupit dan Geng Lejang Berg. Kesemuanya melibatkan geng curi motosikal.

"Sepanjang operasi itu, empat kereta Proton Wira dan empat kereta lain membabitkan Toyota Vios, Perodua Kancil, Nissan Almera serta Toyota Vellfire turut dirampas dengan nilai keseluruhan dianggarkan RM240,000
(S$79,494).

"Selain itu, polis turut merampas 18 motosikal pelbagai jenama iaitu Honda (10), Yamaha (empat), Modenas (dua) dan SYM (dua) dengan nilai dianggarkan RM48,000 (S$15,898),” kata Supt Ibrahim.

Beliau menambah semakan rekod jenayah mendapati 30 daripada suspek yang ditahan itu mempunyai rekod jenayah dan dadah manakala sembilan orang juga didakwa di bawah Seksyen 3(1) Akta Pencegahan Jenayah (POCA). 

Sumber : Bernama/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan