Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

5 dibunuh di Perth termasuk 3 budak perempuan

Mayat tiga kanak-kanak perempuan prasekolah antara lima yang ditemui di sebuah rumah kawasan luar bandar di Australia, menurut pihak berkuasa pada Isnin (10 Sep) di tengah-tengah butiran baru yang muncul mengenai pembunuhan beramai-ramai yang mengejutkan seluruh negara itu.

Anggaran Waktu Membaca:
5 dibunuh di Perth termasuk 3 budak perempuan

(Gambar: AFP)

Diterbitkan : 10 Sep 2018 12:38PM Dikemas Kini : 10 Sep 2018 12:41PM

PERTH: Mayat tiga kanak-kanak perempuan prasekolah antara lima yang ditemui di sebuah rumah kawasan luar bandar di Australia. Demikian disahkan pihak berkuasa pada Isnin (10 Sep) di tengah-tengah butiran baru yang muncul mengenai pembunuhan beramai-ramai yang mengejutkan seluruh negara itu.

Polis menemui mayat kanak-kanak tersebut bersama mayat ibu dan nenek mereka di sebuah rumah di Perth, barat daya Australia.

Penemuan itu dibuat selepas seorang lelaki berusia 20-an tahun mengunjungi sebuah stesen polis daerah pada awal Ahad, menurut para penyiasat.

Polis Barat Australia menyatakan pada Isnin bahawa "lima orang yang terbunuh adalah sepasang kembar perempuan berusia dua tahun, seorang budak perempuan berusia tiga setengah tahun serta ibu dan nenek mereka".

"Lelaki terbabit yang membantu polis masih dalam tahanan, tiada dakwaan dikenakan buat masa ini."

Tiada butiran lanjut mengenai bila dan bagaimana mangsa dibunuh atau hubungan keluarga itu dengan lelaki terbabit.

Seorang jiran, yang baru pulang dari bercuti memberitahu syarikat penyiaran kebangsaan ABC bahawa keadaan di sekitar rumah jirannya itu sepi.

"Kami dapati rumah sebelah agak sunyi, ini adalah ganjil kerana mereka ada anak-anak kecil," kata Richard Fairbrother, yang tinggal di rumah bersebelahan keluarga itu.

Beberapa lagi jiran lain menyifatkan masyarakat kejiranan itu sebagai erat, aman dan tenang.

Pembunuhan beramai-ramai jarang berlaku di Australia, namun kes ini adalah tragedi ketiga yang melibatkan keluarga dibunuh di negeri Barat Australia sejak beberapa bulan lalu.

Pada Julai lalu, seorang lelaki didakwa membunuh ibu dan dua adik-beradiknya manakala seorang datuk menembak mati isteri, anak perempuan serta empat cucunya dalam kejadian bunuh dan bunuh diri pada Mei lalu.

Sumber : AFP/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan