Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

5 cedera susuli tembakan di sekolah

Dalam satu kes tembakan di kawasan sekolah di Amerika Syarikat, lima orang cedera selepas ditembak di dalam sebuah bilik darjah di Los Angeles.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 02 Feb 2018 08:51AM Dikemas Kini : 03 Feb 2018 01:50AM

LOS ANGELES: Dalam satu kes tembakan di kawasan sekolah di Amerika Syarikat, lima orang cedera selepas ditembak di dalam sebuah bilik darjah di Los Angeles.

Seorang remaja lelaki ditembak di kepala sementara seorang temaja perempuan ditembak di pergelangan tangan, menurut laporan-laporan tentang insiden yang berlaku semalam (1 Feb) itu.

Berdasarkan laporan awal, seorang remaja perempuan 15 tahun ditangkap tetapi Ketua Jabatan Polis Sekolah Los Angeles Steve Zipperman berkata bahawa suspek dipercayai berusia hanya 12 tahun.

Paramedik yang dikerah ke Sekolah Menengah Salvador Castro di bahagian tengah Westlake berkata bahawa kedua-dua pelajar dihantar ke hospital dengan remaja lelaki itu dalam keadaan kritikal tetapi stabil sementara rakan sekolahnya pula dalam keadaan yang lebih baik.

Dalam pada itu, seorang budak lelaki 11 tahun, budak perempuan 12 tahun dan wanita 30 tahun “mengalami luka-luka di bahagian muka, sebahagian daripadanya disebabkan kaca,” kata Encik Erik Scott, anggota Jabatan Bomba Los Angeles. Menurut beliau lagi, mereka tidak terkena tembakan.

Para pegawai yang tiba di tempat kejadian “menemui beberapa mangsa dan juga mengesan suspek yang ditangkap tanpa sebarang insiden. Selaras senapang juga ditemui di tempat kejadian,” kata Leftenan Chris Ramirez, anggota polis Los Angeles.

Rakaman televisyen menunjukkan seorang suspek perempuan ditangkap dan dimasukkan ke dalam kereta ronda sedang polis menggeledah setiap bilik, sambil mengarahkan para pelajar meninggalkan bangunan sekolah.

Keseluruh kompleks sekolah ditutup selama beberapa jam sebelum para pegawai mengumumkan bahawa kelas boleh disambung semula pada sekitar 12.00 tengahari dengan kehadiran seorang kaunselor dalam setiap bilik darjah.  

Sumber : AFP/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan