Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

5 cedera dalam gempa bumi di barat Jepun

Sekurang-kurangnya lima orang cedera ringan dan beberapa bangunan serta jalan raya mengalami kerosakan akibat gempa bumi di Jepun dini hari tadi (9 Apr).

Anggaran Waktu Membaca:
5 cedera dalam gempa bumi di barat Jepun

(Gambar: AFP)

Diterbitkan : 09 Apr 2018 05:20PM Dikemas Kini : 09 Apr 2018 05:27PM

JEPUN: Sekurang-kurangnya lima orang cedera ringan dan beberapa bangunan serta jalan raya mengalami kerosakan akibat gempa bumi di Jepun dini hari tadi (9 Apr).

Gempa berukuran 6.1 skala Richter itu berpusat di wilayah Shimane di bahagian barat pulau Honshu, yang terletak kira-kira 96 kilometer ke utara bandar Hiroshima.

Ia tidak menimbulkan masalah kepada stesen kuasa nuklear Shimane yang berhampiran.

Bagaimanapun Agensi Kaji Cuaca Jepun menasihati orang ramai supaya berjaga-jaga kerana gempa bumi susulan sekuat lebih lima skala Richter dijangka berlaku dalam masa beberapa hari ini.

Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan