Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

5 cedera akibat letupan 'kecil' di stesen bawah tanah London

Satu letupan 'kecil' di stesen kereta api bawah tanah London pada lewat Selasa (19 Jun) menyebabkan lima orang mengalami cedera ringan, menurut polis Britain.

Anggaran Waktu Membaca:
5 cedera akibat letupan 'kecil' di stesen bawah tanah London

(Gambar: Mediacorp)

Diterbitkan : 20 Jun 2018 07:33AM Dikemas Kini : 20 Jun 2018 07:36AM

LONDON: Satu letupan 'kecil' di stesen kereta api bawah tanah London pada lewat Selasa (19 Jun) menyebabkan lima orang mengalami cedera ringan, menurut polis Britain.

Pihak berkuasa turut menambah, kejadian tersebut mungkin disebabkan oleh lintar pintas elektrik.

Polis London menyatakan ia dimaklumkan mengenai letupan di stesen Southgate, utara London melalui panggilan yang diterimanya.

Khidmat kecemasan dikerahkan ke tempat kejadian dan stesen berkenaan ditutup.

"Siasatan sedang dijalankan untuk mengenal pasti punca letupan yang dilaporkan, yang kelihatannya kecil. Kami tidak dimaklumkan tentang sebarang kecederaan serius," menurut polis melalui kiriman Twitternya.

"Buat masa ini, kami tidak percaya ia ada kaitan dengan pengganasan," menurut catatan Twitter polis pengangkutan Britain.

Scotland Yard kemudian menyatakan kejadian tersebut mungkin akibat "litar pintas bateri".

Khidmat ambulans London menyatakan dua orang dibawa ke hospital manakala tiga lagi dirawat di tempat kejadian akibat cedera ringan.

Para penumpang berkongsi di Twitter tentang suasana cemas menyusuli kejadian tersebut.

"Saya berada di stesen Southgate apabila kekecohan berlaku. Saya terhidu bau (seperti getah) terbakar dan ternampak ramai orang meluru ke pintu keluar," menurut catatan @Nakzokulah.


Sumber : AFP/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan