Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

5 beradik yatim piatu dalam masa 2 bulan; ibu bapa maut akibat COVID-19

Kehilangan ibu bapa tersayang pada usia kecil bukan sesuatu yang mudah.Begitulah yang dialami oleh lima beradik ini apabila hilang tempat bergantung selepas kedua ibu bapa meninggal dunia akibat pandemik COVID-19.

Anggaran Waktu Membaca:
5 beradik yatim piatu dalam masa 2 bulan; ibu bapa maut akibat COVID-19

Ida Haryanie dan Mohd Nasir meninggalkan lima anak berusia antara tiga hingga 11 tahun. (Gambar: Ariff Hafizan/Facebook)

Diterbitkan : 13 Oct 2021 07:06PM Dikemas Kini : 13 Oct 2021 07:07PM

KUALA LUMPUR: Kehilangan ibu bapa tersayang pada usia kecil bukan sesuatu yang mudah.

Begitulah yang dialami oleh lima beradik ini apabila hilang tempat bergantung selepas kedua ibu bapa meninggal dunia akibat pandemik COVID-19.

Lima beradik dari Kota Perdana, Seri Kembangan, Kuala Lumpur, yang berusia antara 3 hingga 11 tahun, menjadi yatim piatu dalam tempoh dua bulan selepas ibunya baru dijemput Ilahi Khamis lalu (7 Okt) manakala arwah bapa mereka meninggal dunia Ogos lalu.

Kisah duka keluarga itu dikongsi adik kepada ibu lima beradik itu, Mohd Ariff Hafizan Abdul Razak, 36 tahun, dan dipetik oleh majalah Pa&Ma.

Beliau berkata arwah kakaknya, Ida Haryanie, 38 tahun, meninggal dunia pada Khamis lalu manakala abang iparnya, Mohd Nasir Tahal, 46 tahun, meninggal dunia dua bulan lebih awal selepas menerima rawatan di Hospital Putrajaya.

Ida Haryanie, yang juga anak sulung dan suri rumah manakala Mohd Nasir, seorang kontraktor, meninggalkan lima anak, Muhammad Hadhrami, 11 tahun, Husna Humaira, 9 tahun, Muhammad Harraz, 7 tahun, Muhammad Hawwas, 6 tahun dan Hannan Humaira, 3 tahun.

Menurut Mohd Ariff, kakaknya bertarung nyawa melawan COVID-19 sejak 29 Julai lalu manakala abang iparnya dimasukkan ke hospital seminggu lebih awal dan meninggal dunia pada 11 Ogos.

Pada pertengahan Julai lalu, lapor Pa&Ma, keluarga kakaknya dijangkiti COVID-19 namun lima anak saudaranya menjalani kurantin di rumah.

“Kehilangan dua ahli keluarga secara serentak ini amat memilukan kami lebih-lebih lagi mengenangkan nasib lima beradik yang masih kecil dan memerlukan kasih sayang.

“Arwah abang ipar dan kakak ditidurkan sebelum meninggal dunia kerana mengalami komplikasi. Lebih menyedihkan arwah kakak tidak tahu suaminya telah meninggal dunia kerana ketika itu dia masih dalam proses ditidurkan,” ujarnya, ditukil Pa&Ma.

Mohd Ariff, yang bertugas di Agensi Anti Dadah Kebangsaan Kuala Lumpur, berkata ibu bapanya yang tinggal di Bukit Tinggi, Klang, berpindah ke rumah arwah bagi menjaga lima cucunya. Adik-beradik Mohd Ariff juga datang membantu pada hujung minggu.

Jenazah pasangan itu dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Baqi’ Cyber 10, Cyberjaya.

Sumber : Agensi berita/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan