Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

5,220 karton rokok elak cukai ditemui di Pusat Pemeriksaan Woodlands

Pihak berkuasa menyita lebih 5,000 karton rokok tidak dibayar cukai yang disembunyikan di dalam sebuah lori berdaftar di Malaysia di Pusat Pemeriksaan Woodlands pagi Isnin lalu (17 Feb). 

Anggaran Waktu Membaca:
5,220 karton rokok elak cukai ditemui di Pusat Pemeriksaan Woodlands

Lori yang digunakan untuk menyeludup rokok tidak dibayar cukai. (Gambar: ICA)

Diterbitkan : 21 Feb 2020 04:05PM Dikemas Kini : 21 Feb 2020 04:06PM

SINGAPURA: Pihak berkuasa menyita lebih 5,000 karton rokok tidak dibayar cukai yang disembunyikan di dalam sebuah lori berdaftar di Malaysia di Pusat Pemeriksaan Woodlands pagi Isnin lalu (17 Feb).

Rokok-rokok itu diisytiharkan sebagai sayur-sayuran.

Para pegawai Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) melihat ada kejanggalan pada imej-imej imbasan lori tersebut.

Pemeriksaan dilakukan dan para pegawai menemui karton-karton rokok itu disembunyikan di dalam kotak-kotak yang diletak bersama muatan barangan lain.

Cukai rokok-rokok itu yang tidak dibayar berjumlah lebih S$480,000.

Pemandu lori itu, lelaki Malaysia berusia 27 tahun, juga memiliki lesen memandu palsu.

Dia ditangkap dan polis serta pihak kastam masih meneruskan siasatan kes itu. 

Sumber : CNA/MU/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan