Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

5,000 polis Thai dikerah ke Bangkok jelang bantahan anti-kerajaan

Hampir 5,000 pegawai polis Thailand dikerahkan di merata ibu kota Bangkok hari ini (6 Mac) menjelang bantahan anti-kerajaan yang dijangka diadakan.

Anggaran Waktu Membaca:
5,000 polis Thai dikerah ke Bangkok jelang bantahan anti-kerajaan

Polis Thailand. (Gambar: LILLIAN SUWANRUMPHA / AFP)

Diterbitkan : 06 Mar 2021 04:28PM Dikemas Kini : 06 Mar 2021 04:33PM

THAILAND: Hampir 5,000 pegawai polis Thailand dikerahkan di merata ibu kota Bangkok hari ini (6 Mac) menjelang bantahan anti-kerajaan yang dijangka diadakan.

Pihak berkuasa sedang memerhatikan kumpulan Redem khususnya apabila bantahan mereka minggu lalu menjadi ganas.

Kumpulan itu dilaporkan bertempur dengan polis anti rusuhan di luar berek tentera yang ditempatkan di luar rumah Perdana Menteri Thai Prayut Chan-o-cha.

Gerakan politik diterajui golongan belia itu bermula tahun lalu dan menuntut PM Prayut meletak jawatan serta menggesa reformasi dilakukan terhadap sistem diraja negara itu.

Pada Disember hingga Januari lalu, bantahan-bantahan berkenaan terhenti seketika disebabkan gelombang kedua jangkitan COVID-19.

Namun, penangkapan empat pemimpin tunjuk perasaan tersebut, baru-baru ini mencetus semula gerakan itu.

Pihak berkuasa menekankan langkah mengadakan bantahan masih diharamkan kerana keadaan darurat yang diisytiharkan bagi mencegah penularan COVID-19.

Sumber : Agensi berita/RU/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan