Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

5,000 orang tunjuk perasaan di Kuala Lumpur, bantah tindakan Trump

Sekitar 5,000 penunjuk perasaan di Kuala Lumpur berarak dengan panji-panji yang menunjukkan "Lepas Tangan dari Jerusalam" selepas selesai solat Jumaat siang tadi (8 Dis).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 08 Dec 2017 09:14PM Dikemas Kini : 09 Dec 2017 12:00AM

KUALA LUMPUR: Sekitar 5,000 penunjuk perasaan di Kuala Lumpur berarak dengan panji-panji yang menunjukkan "Lepas Tangan dari Jerusalam" selepas selesai solat Jumaat siang tadi (8 Dis).

Bantahan yang diadakan berdekatan Kedutaan Amerika di ibu kota negara itu merangkumi pelbagai parti politik dari pihak kerajaan dan pembangkang serta pertubuhan-pertubuhan bukan meraih keuntungan.

Salah seorang daripada mereka yang menyertai bantahan tersebut ialah Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaludin, yang menegaskan bahawa Malaysia akan terus memperjuangkan kepentingan orang-orang Palestin.

"Apa yang anda lakukan melanggar undang-undang antarabangsa. Orang Muslim tidak boleh menerima tindakan anda," tegas Encik Khairy dalam satu ucapan kepada para penunjuk perasaan.

Selain bantahan yang berlangsung sekitar satu jam itu, solat hajat juga diadakan di sebuah dewan Pusat Dagangan Dunia Putra untuk memohon perlindungan bagi Palestin.

Solat hajat itu disertai Perdana Menteri Najib Razak dan Timbalannya, Dr Ahmad Zahid Hamidi serta ribuan anggota UMNO yang sedang menghadiri perhimpunan agung parti itu di sana.  

Sumber : CNA/MU/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan