Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

49 maut, 20 cedera parah dalam serangan pengganas Christchurch

Seramai 49 orang terbunuh dan 20 yang lain cedera parah selepas para penyerang bersenjata melepaskan tembakan dalam dua masjid di bandar Christchurch semasa para jemaah sedang mengerjakan solat Jumaat (15 Mac).

Anggaran Waktu Membaca:
49 maut, 20 cedera parah dalam serangan pengganas Christchurch

Gambar: Tessa Burrows/AFP

Diterbitkan : 15 Mar 2019 03:22PM Dikemas Kini : 15 Mar 2019 05:10PM

CHRISTCHURCH: Seramai 49 orang terbunuh dan 20 yang lain cedera parah selepas para penyerang bersenjata melepaskan tembakan dalam dua masjid di bandar Christchurch semasa para jemaah sedang mengerjakan solat Jumaat (15 Mac).

Ini disahkan oleh Perdana Menteri New Zealand Jacinda Ardern.

Seorang individu rakyat Australia, yang disifatkan oleh Perdana Menteri negara itu, Scott Morrison sebagai 'pengganas' berhaluan kanan, adalah antara empat individu yang sudah ditahan.

"Empat orang sudahpun ditahan, tiga daripada mereka adalah lelaki dan seorang lagi adalah wanita," dedah Pesuruhjaya Polis New Zealand Mike Bush, sambil menambah bahawa terdapat "beberapa" kematian.

Bahan letupan buatan sendiri (IED) turut ditemui dipasang pada kenderaan para penyerang yang berjaya dihapuskan oleh pasukan tentera.

Kedua-dua masjid itu terletak di di Deans Avenue dan Linford Avenue.

Sumber : AFP/AW/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan