Images
  • kanada
    Kebocoran gas karbon dioksida di Kanada.

46 dirawat akibat kebocoran gas karbon dioksida di Kanada

MONTREAL: Satu kebocoran gas karbon monoksida di sebuah hotel Kanada pada Selasa (9 Jul) menyebabkan 46 tetamunya dimasukkan ke hospital dengan 15 daripada mereka dalam keadaan tenat, menurut para anggota bomba di Winnipeg.

Insiden itu berlaku di motel Super 8 di bandar dekat daerah Prairie.

β€œIni adalah insiden yang serius,” menurut Presiden Persekutuan Bomba Winnipeg, Encik Alex Forrest kepada CBC News.

Menurutnya, bacaan karbon monoksida di motel itu mencecah paras 385 bahagian setiap sejuta, jauh melebihi antara 10 hingga 20 bahagian setiap sejuta paras gas berkenaan yang dianggap berbahaya.

Menurut CBC News, Manitoba Hydro, syarikat tenaga yang menyediakan perkhidmatan elektrik dan gas asli itu menyatakan bahawa, pihaknya sudah menutup kebocoran yang tidak berpunca daripada gas tersebut.

Sumber kebocoran masih belum diketahui lagi.

- AFP/NA/na

Top