Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

45 cedera, seorang maut dalam kemalangan jalan raya

Seorang terkorban dan 45 yang lain cedera apabila sebuah bas yang membawa satu pasukan bola sepak belia, terlibat dalam kemalangan di Arkansas, Amerika Syarikat.

Anggaran Waktu Membaca:
45 cedera, seorang maut dalam kemalangan jalan raya

Kemalangan jalan raya melibatkan bas membawa kanak-kanak (Gambar: AP)

Diterbitkan : 04 Dec 2018 09:39PM Dikemas Kini : 04 Dec 2018 09:41PM

ARKANSAS: Seorang terkorban dan 45 yang lain cedera apabila sebuah bas yang membawa satu pasukan bola sepak belia, terlibat dalam kemalangan di Arkansas, Amerika Syarikat.

Menurut polis, mangsa yang cedera - kebanyakannya kanak-kanak - dibawa ke sebuah hospital di Benton, Saline County untuk mendapatkan rawatan.

Bas malang itu dikatakan dalam perjalanan pulang dari satu perlawanan bola sepak di Texas, merentasi Memphis sebelum terbalik di persimpanagan jalan dekat Benton.

Rakaman video dari tempat kejadian menunjukkan bas tersebut rosak teruk dan terdampar di sebuah selekoh tajam.

Polis menyoal siasat pemandu bas yang terselamat daripada kemalangan tersebut.  

Sumber : Agensi berita/SS/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan