Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

44 maut dalam serangan bom kenderaan di India; S'pura ucap takziah

Menteri Ehwal Luar Singapura Dr Vivian Balakrishnan menyampaikan takziah kepada India berhubung serangan pengganas di wilayah Jammu-Kashmir pada Khamis (14 Feb).

Anggaran Waktu Membaca:
44 maut dalam serangan bom kenderaan di India; S'pura ucap takziah

Askar-askar India dikerahkan ke tempat kejadian. (Gambar: Danish Ismail/Reuters)

Diterbitkan : 15 Feb 2019 07:28PM Dikemas Kini : 16 Feb 2019 03:13AM

SINGAPURA: Menteri Ehwal Luar Singapura Dr Vivian Balakrishnan menyampaikan takziah kepada India berhubung serangan pengganas di wilayah Jammu-Kashmir pada Khamis (14 Feb).

Dalam surat kepada rakan sejawatannya dari India, Cik Sushma Swaraj, Dr Balakrishnan berkata Singapura mengutuk keras serangan itu.

Dalam serangan tersebut, sebuah kenderaan yang sarat berisi bahan letupan merempuh sebuah bas yang membawa para anggota Pasukan Polis Simpanan Pusat India. 44 anggota keselamatan terbunuh.

Kumpulan militan Jaish-e-Mohammad (JeM) yang berpangkalan di Pakistan mengaku bertanggungjawab. Bagaimanapun pemerintah India menyatakan ia mempunyai bukti kukuh tentang pembabitan pemerintah Pakistan dalam serangan tersebut.

Perdana Menteri India, Encik Narendra Modi berjanji akan bertindak tegas bagi membalas serangan tersebut.

Islamabad bagaimanapun menolak keras tuduhan New Delhi itu. Namun, seorang menteri India berkata negaranya akan mengambil semua langkah diplomatik bagi memencilkan Pakistan sama sekali.

Langkah pertamanya termasuk memansuhkan layanan istimewa perdagangan yang diberikan kepada Pakistan. 

Sumber : CNA/Reuters/MU/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan