Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

42 maut akibat kebakaran hutan paling dahsyat dalam sejarah California

Angka korban akibat kebakaran hutan di California, Amerika Syarikat sudah meningkat kepada sekurang-kurangnya 42 orang sejauh ini.

Anggaran Waktu Membaca:
42 maut akibat kebakaran hutan paling dahsyat dalam sejarah California

Operasi mencari mayat sedang dijalankan di Paradise, California. (Gambar; Josh Edelson/AFP)

Diterbitkan : 13 Nov 2018 12:24PM Dikemas Kini : 13 Nov 2018 12:27PM

CHICO: Angka korban akibat kebakaran hutan di California, Amerika Syarikat sudah meningkat kepada sekurang-kurangnya 42 orang sejauh ini.

Jumlah itu hampir seganda lebih tinggi berbanding 25 kematian yang dilaporkan akibat kebakaran hutan di Oakland Hills dekat San Francisco pada tahun 1991. 

Para pakar yang mengenal pasti tisu manusia turut menyertai polis dan pasukan bomba California untuk memeriksa rumah-rumah yang musnah di bandar paling teruk terjejas akibat kebakaran yang dipanggil 'Camp Fire'.

Pihak berkuasa sedang mencari mayat lebih 200 orang yang dilaporkan hilang sebelum ini. 

Kebakaran hutan itu adalah yang paling dashyat pernah berlaku di California dari segi kerosakan harta benda, dengan lebih 7,000 rumah musnah dan lagi 15,000 bangunan lain masih disenaraikan sebagai di ambang bahaya. 

Sumber : Agensi berita/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan