Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

400 banduan lari dari penjara di Tripoli

Kira-kira 400 banduan melarikan diri dari penjara Ain Zara di ibu kota Libya semalam (2 Sep) ketika pertempuran antara beberapa kumpulan bersenjata meletus di kawasan berhampiran.

Anggaran Waktu Membaca:
400 banduan lari dari penjara di Tripoli

Gambar fail kawasan bandar Libya. (Gambar: Abdullah Doma/ AFP)

Diterbitkan : 03 Sep 2018 09:44AM Dikemas Kini : 03 Sep 2018 10:05AM

TRIPOLI: Kira-kira 400 banduan melarikan diri dari penjara Ain Zara di ibu kota Libya semalam (2 Sep) ketika pertempuran antara beberapa kumpulan bersenjata meletus di kawasan berhampiran.

Pihak berkuasa dalam satu kenyataan di media sosial mengesahkan kejadian itu. Menurutnya, para pengawal gagal menghalang tindakan sekumpulan banduan membuka pintu penjara. Maklumat lanjut kejadian itu tidak didedahkan.

Penjara Ain Zara, terletak di selatan Tripoli yang sejak kebelakangan ini berdepan dengan kejadian pertempuran antara kumpulan bertelagah.

Sementara itu, dalam kejadian berasingan, seorang aktivis tempatan, Emad Ergeha berkata sebuah peluru berpandu meletup di kem Al-Fallah yang menempatkan penduduk Tawergha, membunuh dua orang. Tujuh lagi cedera termasuk dua kanak-kanak. 

Sebelum itu, penduduk Tawergha dipaksa berpindah dari penempatan mereka di Misrata sejak Muammar Gaddafi digulingkan pada 2011.

Sebuah roket juga menimpa hotel Waddan di tengah Tripoli, yang terletak berhampiran Kedutaan Itali pada Sabtu. Seorang kakitangan hotel itu berkata, tiga orang cedera dalam kejadian tersebut.  

Sumber : Reuters/SU/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan