Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

40 rumah hangus dalam kebakaran hutan di Israel

Israel kekal dalam keadaan amat berjaga-jaga, pada Jumaat (24 Mei), selepas kebakaran hutan akibat cuaca kering memusnahkan kira-kira 40 buah rumah.

Anggaran Waktu Membaca:
40 rumah hangus dalam kebakaran hutan di Israel

Israel kekal dalam keadaan amat berjaga-jaga selepas kebakaran hutan akibat cuaca kering memusnahkan sekitar 40 rumah. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 25 May 2019 01:32AM Dikemas Kini : 25 May 2019 01:35AM

BAITULMAKDIS: Israel kekal dalam keadaan amat berjaga-jaga pada Jumaat (24 Mei), selepas kebakaran hutan akibat cuaca kering memusnahkan kira-kira 40 buah rumah.

Tiada laporan kecederaan disebabkan akibat kebakaran pada Khamis (23 Mei), dengan perkhidmatan kecemasan memindahkan penduduk yang berada dalam jajaran kebakaran di tengah negara itu.

Bercakap dalam mesyuarat krisis pada Jumaat (24 Mei), Perdana Menteri Benjamin Netanyahu mengucapkan terima kasih kepada beberapa pemerintah asing yang membantu mengawal kebakaran itu.

Croatia, Cyprus, Greece dan Itali menghantar beberapa pesawat pemadam kebakaran, sementara Mesir menghantar dua helikopter.

Banyak jalan raya masih ditutup atas kebimbangan kebakaran mungkin kembali marak, dalam cuaca panas luar biasa.

Suhu mencecah 40 darjah Selsius di kebanyakan kawasan negara itu, sejak beberapa hari lalu.

Pada 2016, kebakaran hutan merosakkan atau memusnahkan sekitar 700 rumah di Israel dan Tebing Barat dengan 13,000 hektar kawasan hutan dijilat api.

Sumber : AFP/SU/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan