Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

40 maut dalam serangan Israel di Syria

Serangan Israel yang menyasarkan depot senjata dan kedudukan tentera di timur Syria membunuh sekurang-kurangnya sembilan askar Syria dan 31 pejuang bersekutu malam semalam (12 Jan). Ia merupakan serangan paling berdarah sejak 2018, menurut sebuah agensi pemantau perang pada Rabu (13 Jan).

Anggaran Waktu Membaca:
40 maut dalam serangan Israel di Syria

(Gambar: AFP/JACK GUEZ)

Diterbitkan : 13 Jan 2021 04:58PM Dikemas Kini : 13 Jan 2021 06:26PM

BEIRUT: Serangan Israel yang menyasarkan depot senjata dan kedudukan tentera di timur Syria membunuh sekurang-kurangnya sembilan askar Syria dan 31 pejuang bersekutu malam semalam (12 Jan). Ia merupakan serangan paling berdarah sejak 2018, menurut sebuah agensi pemantau perang pada Rabu (13 Jan).

Tentera udara Israel melakukan lebih daripada 18 serangan terhadap beberapa sasaran di kawasan yang menganjur dari bandar timur Deir Ezzor hingga ke sempadan Iraq, menurut Badan Pemantau Hak Asasi Manusia Syria.

31 pejuang militia bukan Syria yang maut itu kerakyatannya belum dikenal pasti, menurut kumpulan pemantau yang berpangkalan di Britain itu.

Pasukan separa tentera di bawah gerakan Hezbollah Lubnan dan Briged Fatimah, yang terdiri daripada pejuang Afghanistan pro-Iran, beroperasi di wilayah itu, menurut badan pemantau tersebut.

Serangan itu juga mencederakan lagi 28 anggota tentera dan militia bersenjata, beberapa daripada mereka dalam keadaan kritikal.

Tentera Israel tidak segera memberi komen.

Ketua Badan Pemantau Rami Abdul Rahman menyifatkan serangan Israel itu sebagai "paling berdarah sejak Jun 2018" apabila serangan di wilayah yang sama mengorbankan sekurang-kurangnya 55 pejuang propemerintah, termasuk rakyat Iraq dan juga Syria.

Pada November, serangan serupa di timur Syria membunuh sekurang-kurangnya 19 anggota bersenjata pro-Iran, tambah badan itu.

Agensi berita rasmi Syria SANA, melaporkan serangan terbaru tetapi tidak banyak memberi perincian.

Serangan itu adalah gelombang kedua dilancarkan Israel ke atas Syria dalam tempoh kurang seminggu.

Serangan terakhir pada 7 Januari menyasarkan kedudukan di selatan Syria dan di pinggiran selatan ibu kota Damsyik, membunuh tiga anggota bersenjata pro-Iran.

Israel secara rutin melakukan serangan ke atas Syria, kebanyakannya terhadap sasaran yang terkait dengan Iran dalam apa yang dikatakannya adalah usaha untuk mencegah musuh ketatnya memegang kedudukan di sempadan utara.

Israel menyerang sekitar 50 sasaran di Syria pada 2020, menurut laporan tahunan yang dikeluarkan pada akhir Disember oleh tentera Israel.

Sumber : AFP/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan