Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

40,000 tan sampah diurus dalam 10 hari di Makkah

Majlis Perbandaran Makkah dijangka mengendalikan 40,000 tan sampah sepanjang sepuluh hari hingga 13 Zulhijjah (26 Ogos) musim haji tahun ini, kata Timbalan Menteri Perhubungan Bandar Ibrahim Altohaimi pada Ahad (22 Jul).

Anggaran Waktu Membaca:
40,000 tan sampah diurus dalam 10 hari di Makkah

Jemaah haji tawaf mengelilingi Kaabah di Makkah. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 23 Jul 2018 06:43PM Dikemas Kini : 23 Jul 2018 06:47PM

MAKKAH: Majlis Perbandaran Makkah dijangka mengendalikan 40,000 tan sampah sepanjang sepuluh hari hingga 13 Zulhijjah (26 Ogos) musim haji tahun ini, kata Timbalan Menteri Perhubungan Bandar Ibrahim Altohaimi pada Ahad (22 Jul).

Beliau berkata setiap hari, 4,000 tan sampah dan hasil buangan akan diuruskan.

"Kerajaan akan mengendalikannya secara manual dan menggunakan teknologi digital serta aplikasi telefon pintar untuk memastikan kebersihan Kota Suci," katanya kepada pihak media.

Encik Ibrahim berkata sistem itu akan membolehkan pekerja memantau kebersihan bandar secara menyeluruh.

"Ini disebabkan setiap tong sampah dilengkapi dengan sensor yang akan menghantar data ke ibu pejabat dan telefon bijak," katanya.

Beliau berkata kesemua sampah tersebut akan dihantar ke tapak pelupusan sampah seluas 1.5 kilometer persegi di pinggir bandar.

Beliau menambah, menerusi aplikasi baru yang diperkenalkan, orang ramai yang mendapati sampah tidak dikendalikan dengan betul, boleh mengambil gambar dan menghantarnya ke pusat pemprosesan sampah sebelum pekerja bertugas diarahkan membersihkan kawasan itu segera.

Sumber : Bernama/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan