Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

4 warga Palestin maut dalam pertempuran Israel-Hamas di Tebing Barat

Operasi Israel untuk menghancurkan sebuah sel Hamas di Tebing Barat mencetuskan pertempuran bersenjata sengit di beberapa lokasi pada Ahad (26 Sep), membunuh empat rakyat Palestin dan mencederakan dua askar Israel, menurut sumber rasmi.

Anggaran Waktu Membaca:
4 warga Palestin maut dalam pertempuran Israel-Hamas di Tebing Barat

Seorang penunjuk perasaan Palestin bakar tayar di pintu masuk kampung Burqin, barat Jenin, di Tebing Barat pada 26 Sep 2021 (Gambar: JAAFAR ASHTIYEH/AFP)

Diterbitkan : 26 Sep 2021 07:46PM Dikemas Kini : 26 Sep 2021 08:09PM

BIDDU: Operasi Israel untuk menghancurkan sebuah sel Hamas di Tebing Barat mencetuskan pertempuran bersenjata sengit di beberapa lokasi pada Ahad (26 Sep), membunuh empat rakyat Palestin dan mencederakan dua askar Israel, menurut sumber rasmi.

Kementerian kesihatan Palestin mengesahkan empat kematian akibat tembakan Israel, termasuk satu di Burqin dekat Jenin dan tiga lagi di kawasan Biddu antara Ramallah dan Baitulmakdis.

Seorang jurugambar AFP melihat kesan darah yang banyak di kampung Beit Annan, di daerah Biddu.

Jurucakap tentera Israel, Amnon Shefler memberikan angka kematian yang sama kepada AFP, sambil menambah bahawa jumlah itu terdiri daripada anggota Hamas yang terbunuh semasa operasi bersama Israel untuk menangkap "pengganas."

Satu kenyataan tentera menyatakan dua askarnya "cedera parah" akibat tembakan daripada Palestin di Burqin dan kedua-duanya masih dirawat di hospital, tanpa memberikan perincian kecederaan mereka.

Perdana Menteri Israel Naftali Bennett berkata operasi itu dijalankan terhadap "pengganas Hamas yang akan menjalankan serangan".

Hamas mengesahkan anggotanya bertempur dengan pasukan Israel dekat Baitulmakdis dan Jenin dan menambah bahawa seorang anggotanya bernama, Ahmad Zahran, antara mereka yang terbunuh.

Jenin merupakan kawasan tumpuan dalam konflik Israel-Palestin yang telah lama berlaku.

Sebelum ini, empat penduduk Palestin terbunuh di kem pelarian Jenin dalam pertempuran dengan pasukan Israel, pada bulan lalu. 

Sumber : AFP/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan