Images
  • oz drug
    Pegawai polis Queensland menyusun paket mengandungi dadah yang dirampas. (Gambar: AFP)

4 warga Britain diberkas dalam serbuan dadah di Australia

SYDNEY: Polis Australia menyita 766 kilogram dadah ecstacy dalam satu operasi khusus meliputi beberapa tempat di bahagian tenggara Queesland. Kesemua dadah tersebut dianggarkan bernilai AS$60 juta (S$83 juta).

Menurut polis, dadah ecstasy yang dirampas itu adalah yang paling tulen pernah dicatatkan di Queensland.

Berkaitan dengan kes tersebut, empat lelaki Britain berusia antara 40 tahun hingga 60 tahun ditangkap polis.

Dua daripada mereka diberkas di Queensland manakala dua orang lagi di Auckland, New Zealand, di mana pihak berkuasa merampas 200 kilogram dadah 'ice'.

Selain mereka, polis Australia juga menangkap dua yang lain - lelaki dan wanita, tempatan.

Kejayaan itu merupakan hasil siasatan bersama melibatkan pihak-pihak berkuasa Australia, New Zealand dan Britain terhadap satu sindiket jenayah terancang antarabangsa. 

- AFP/MU/fz

Top