Images
  • filipina

4 terkorban selepas feri penumpang terbalik dekat Filipina

MANILA: Seramai empat orang terkorban dan tujuh lagi masih hilang selepas sebuah feri yang membawa 251 penumpang terbalik berdekatan Filipina hari ini (21 Dis).

Media tempatan turut melaporkan bahawa 140 orang berjaya diselamatkan menyusuli kejadian berlaku kira-kira 70 kilometer ke timur ibu kota Manila itu.

Feri tersebut yang boleh mengangkut seramai 286 orang itu sedang melakukan pelayaran ke Pulau Polillo dalam keadaan hujan beserta ribut.

Usaha menyelamat mangsa terhambat oleh keadaan cuaca serta gelombang besar yang berpunca daripada taufan di selatan Filipina.

Sebahagian besar daripada mereka yang diselamatkan dibawa ke pelabuhan Dinachian menurut jurucakap pengawal pantai Kapten Armand Balilo.

Beliau juga menambah bahawa dua lelaki dan dua wanita lemas.

Jurucakap pengawal pantai Filipina berkata beberapa buah helikopter dan kapal-kapal pengawal pantai dikerahkan untuk menjalankan misi menyelamat di wilayah Quezon itu.  

- CNA/NU/sm

Top