Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

4 sekeluarga ditahan kerana curi di pasar raya

Empat sekeluarga ditahan kerana mencuri pelbagai barangan dengan nilai keseluruhan kira-kira RM900 (S$300) di sebuah pasar raya.

Anggaran Waktu Membaca:
4 sekeluarga ditahan kerana curi di pasar raya

Gambar fail gari tangan. (Gambar: Michelle Shephard/AFP)

Diterbitkan : 09 Mar 2019 03:19PM Dikemas Kini : 09 Mar 2019 03:20PM

BATU GAJAH: Empat sekeluarga ditahan kerana mencuri pelbagai barangan dengan nilai keseluruhan kira-kira RM900 (S$300) di sebuah pasar raya.

Ketua Polis Daerah Batu Gajah ACP Ahmad Adnan Basri berkata keluarga berkenaan terdiri daripada seorang wanita berumur 38 tahun dan dua anak lelakinya masing-masing berusia 17 dan 19 tahun serta ibu wanita tersebut berumur 60 tahun.

Katanya keempat-empat suspek berkenaan ditahan pukul 6.30 petang, hanya kira-kira setengah jam selepas melakukan jenayah tersebut.

"Penyelia pasar raya yang membuat laporan polis memaklumkan, semasa sedang bertugas kira-kira pukul 6.00 petang, satu keluarga terdiri daripada dua wanita dan dua lelaki masuk ke dalam kedai dan pergi ke ruangan keperluan dapur sebelum mengambil beberapa jenis barangan.

"Selepas itu semua mereka terus keluar tanpa membuat bayaran di kaunter dan melarikan diri menggunakan sebuah kereta jenis Proton Saga warna putih," kata ACP Ahmad Adnan.

Penyelia kedai tersebut kemudian membuat pemeriksaan di ruang keperluan dapur dan mendapati beberapa barangan hilang termasuk susu formula bayi sebelum membuat laporan polis.

Sepasukan anggota Balai Polis Pusing berjaya mengesan kereta Proton Saga putih yang dinaiki kesemua suspek di sebuah stesen minyak di Pusing dan menahan keempat-empat individu terlibat.

Pemeriksaan ke atas kereta tersebut menemui pelbagai barangan yang dicuri antaranya 14 kotak susu formula bayi pelbagai jenama, lima tin penyembur racun serangga serta 17 helai pakaian. 

Sumber : Bernama/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan