Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

4 remaja perempuan jadi pengebom nekad lancar serangan di Nigeria

Dua orang terkorban dalam siri serangan yang dilancarkan di timur laut Nigeria oleh empat remaja perempuan yang juga pengebom nekad.

Anggaran Waktu Membaca:
4 remaja perempuan jadi pengebom nekad lancar serangan di Nigeria

Gambar fail salah seorang pelajar perempuan yang diculik di Nigeria. (Gambar: Stringer/ AFP)

Diterbitkan : 01 Apr 2018 08:06PM Dikemas Kini : 01 Apr 2018 08:11PM

KANO: Dua orang terkorban dalam siri serangan yang dilancarkan di timur laut Nigeria oleh empat remaja perempuan yang juga pengebom nekad. Ini didedahkan oleh para penduduk semalam (31 Mac) dalam serangan terbaru sejak pemerintahnya mengumumkan bahawa ia sedang mengadakan perundingan gencatan senjata dengan Boko Haram.

Serangan yang disyaki dilakukan oleh Boko Haram berlangsung pada lewat Jumaat (30 Mac) di ibu kota Maiduguri, timur laut Borno.

Remaja-remaja itu yang berusia antara 13 hingga 18 tahun, menyerang kawasan penempatan Zawuya di pinggir Maiduguri. Dua orang maut dalam serangan itu.

"Kami kehilangan dua orang, seorang wanita dan kanak-kanak lelaki, dalam dua daripada empat serangan bom yang dilancarkan," kata seorang penduduk Zawuya, Musa Haruna Isa.

Salah seorang daripada dalang serangan tersebut sedang cuba untuk memanjat tembok di luar sebuah rumah apabila tembok itu runtuh lalu bomnya meletup. Mangsa kanak-kanak lelaki maut dalam letupan itu.

"Satu lagi meletup berdekatan dengan masjid terbuka sehingga seorang mangsa cedera," katanya yang menambah seorang lagi pengebom nekad menjadi panik dan membunuh diri selepas melihat teman-temannya melancarkan serangan.

Namun, menurut polis, hanya satu orang maut dalam serangan itu.

"Suspek-suspek meletupkan bahan letupan dan membunuh diri mereka dan meragut satu nyawa... 13 orang cedera dan dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan," menurut polis Maiduguri dalam satu kenyataan.

Serangan itu menggambarkan cabaran yang dihadapi pemerintah untuk mencapai persetujuan supaya Boko Haram melakukan gencatan senjata.

Minggu lalu, lebih 100 kanak-kanak perempuan pulang ke Dapchi selepas diculik sebuah kumpulan militan. Presiden Nigeria Muhammadu Buhari berkata pemerintahnya bersedia untuk memberi peluang kedua kepada anggota jihad yang bertaubat.

Namun, para pengawai keselamatan kanan memberi amaran bahawa ia sukar untuk mencapai persetujuan dengan kumpulan itu, kerana ia kini berpecah kepada kumpulan-kumpulan lain dengan matlamat yang berbeza.

Kumpulan berkaitan dengan ISIS yang dipimpin Abu Mus'ab al-Barnawi dilaporkan sedang dalam tahap rundingan dengan pemerintah. Kumpulannya dikatakan sering melancarkan serangan ke atas pasukan tentera. Satu lagi kumpulan dipimpin Abubakar Shekau terkenal kerana kekejamannya sering melancarkan serangan bom yang membunuh ramai orang awam.

Zawuya merupakan kawasan para penduduk yang disingkir Boko Haram. Ia terletak dekat dengan Cameroon di kawasan Muna Garage yang ditempati sekitar 40,000 pelarian.

Kedua-dua kem ini berulang kali menjadi sasaran serangan Boko Haram.  

Sumber : AFP/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan