Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

4 putera Arab Saudi ditahan kerana berpakat rampas kuasa

Seorang lagi kerabat diraja Arab Saudi ditahan kerana dipercayai merancang rampasan kuasa untuk menjatuhkan Raja Salman dan Putera Mahkota Mohammad bin Salman.

Anggaran Waktu Membaca:
4 putera Arab Saudi ditahan kerana berpakat rampas kuasa

Putera Mahkota Mohammed bin Salman dan Putera Mohammed Nayef. (Gambar: Fayez Nureldine/AFP)

Diterbitkan : 08 Mar 2020 01:53PM Dikemas Kini : 08 Mar 2020 02:01PM

RIYADH: Seorang lagi kerabat diraja Arab Saudi ditahan kerana dipercayai merancang rampasan kuasa untuk menjatuhkan Raja Salman dan Putera Mahkota Mohammad bin Salman.

Awal dari itu, dunia digemparkan dengan berita mengenai tiga orang putera termasuk adik dan anak saudara lelaki Raja Salman yang ditahan kerana didakwa merancang rampasan kuasa.

Putera keempat itu dilaporkan ditahan atas arahan Putera Mahkota, menurut The New York Times yang memetik sumber dalaman yang mempunyai hubungan rapat dengan keluarga diraja.

The New York Times melaporkan bahawa penangkapan terbaru itu membabitkan Putera Nayef bin Ahmed, seorang bekas anggota risikan tentera.

Sebelum ini, pihak berkuasa Arab Saudi menahan Putera Ahmed Abdulaziz al-Saud yang juga adik Raja Salman serta anak saudara kepada raja itu, Putera Mohammed Nayef, kerana dituduh melakukan pengkhianatan yang bertujuan untuk menyingkirkan Putera Mahkota sebagai pewaris takhta Arab.

Adik kepada Putera Mohammed iaitu Putera Nawaf Nayef turut ditahan. Mereka dibawa keluar dari kediaman mereka oleh pengawal diraja pada awal pagi Sabtu (7 Mac), lapor AFP.

Menurut Mahkamah Diraja Arab Saudi, kedua-dua putera terbabit didakwa "merancang rampasan kuasa bagi menjatuhkan Raja dan Putera Mahkota".

Mereka boleh dipenjarakan seumur hidup atau dikenakan hukuman mati.

Sekumpulan pegawai kementerian dan tentera turut terbabit, menurut kerajaan Arab Saudi.

Penahanan itu menimbulkan pelbagai spekulasi mengenai kesihatan Raja Salman, yang berusia 84 tahun dan sama ada penggantian putera mahkota akan berlaku.

Bagaimanapun menurut sumber, Raja Salman kini dalam keadaan sihat dan tujuan penahanan tersebut dilakukan untuk menguatkuasakan 'disiplin' dalam keluarga diraja. 

Sumber : Agensi berita/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan