Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

4 pendaki Korea Selatan antara 7 hilang dalam runtuhan Himalaya

Runtuhan salji yang berlaku di Annapurna, Nepal mengorbankan sekurang-kurangnya tujuh nyawa, termasuk empat rakyat Korea Selatan dan tiga warga Nepal.

Anggaran Waktu Membaca:
4 pendaki Korea Selatan antara 7 hilang dalam runtuhan Himalaya

Gambar yang diambil dari kem induk Annapurma. (Gambar: Ainslee Asokan)

Diterbitkan : 18 Jan 2020 01:16PM Dikemas Kini : 18 Jan 2020 01:19PM

KATHMANDU: Runtuhan salji yang berlaku di Annapurna, Nepal mengorbankan sekurang-kurangnya tujuh nyawa, termasuk empat rakyat Korea Selatan dan tiga warga Nepal.

Demikian didedahkan oleh pihak berkuasa pada Sabtu (18 Jan).

Insiden berlaku di altitud setinggi 3,230 meter berdekatan dengan kem induk Annapurna, iaitu salah satu gunung tertinggi di Himalaya, menyusuli salji tebal pada Jumaat lalu.

Ketua polis daerah Dan Bahadur Karki berkata cuaca yang buruk menghambat usaha untuk menyelamatkan para mangsa.

Annapurna merupakan tempat di mana runtuhan mudah berlaku dan ia juga merupakan gunung yang sukar didaki. Malah, ia digeruni kerana mempunyai kadar kematian yang lebih tinggi berbanding Everest.

Para pegawai pendidikan di Korea Selatan menyatakan kempat-empat orang itu adalah sebahagian daripada pasukan guru relawan yang mengajar kanak-kanak di Nepal.

Dalam kenyataannya, Kementerian Ehwal Luar Korea Selatan menyatakan pasukan kecemasan akan dikerahkan ke Nepal dan keluarga para mangsa juga sudah dimaklumkan mengenai insiden tersebut.

 

Sumber : CNA/UR/ur
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan