Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

4 parti baru sertai pilihan raya Indonesia; Tommy Suharto antara pesaing

Suruhanjaya Pilihan Raya Umum Indonesia (KPU) mengisytiharkan pada Sabtu lalu (17 Feb) bahawa 14 parti politik akan menyertai pilihan raya undang-undang dan presiden tahun depan, dengan tambahan empat pesaing baru.

Anggaran Waktu Membaca:
4 parti baru sertai pilihan raya Indonesia; Tommy Suharto antara pesaing

Gambar fail Tommy Suharto. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 19 Feb 2018 03:44PM Dikemas Kini : 19 Feb 2018 03:47PM

JAKARTA: Suruhanjaya Pilihan Raya Umum Indonesia (KPU) mengisytiharkan pada Sabtu lalu (17 Feb) bahawa 14 parti politik akan menyertai pilihan raya undang-undang dan presiden tahun depan, dengan tambahan empat pesaing baru.

Kesemua 14 parti lulus proses semakan suruhanjaya itu dengan dua parti - Parti Bulan Sabit (PBB) dan Parti Keadilan dan Persatuan Indonesia (PKPI) - gagal menepati keperluan minimum iaitu 75 peratus perwakilan di beberapa daerah sekaligus tidak dapat menyertai pilihan raya berkenaan.

Buat julung-julung kalinya, empat pesaing baru: Parti Gerakan Garuda Indonesia (Garuda), Parti Gerakan Rakyat Indonesia (Gerindo) dan Parti Berkarya serta Parti Solidaritas Indonesia (PSI) akan menyertai pilihan raya umum itu tahun depan.

Berkarya yang ditubuhkan pada 2016 dan dilancarkan Tommy Suharto, anak mantan President Soeharto kebanyakannya terdiri daripada mantan anggota Golkar.

Golkar pernah dipimpin oleh mantan presiden itu dan merupakan parti kedua terbesar di Indonesia. Ia juga anggota parti-parti bersekutu di bawah Presiden Joko Widodo.

Ini merupakan kali pertama anak Suharto menubuhkan sebuah parti politik dan bertanding dalam sebuah pilihan raya. Menariknya, kedua-dua parti, Berkarya dan Golkar menampilkan pokok beringin dalam lambangnya.

Menurut media tempatan, Tommy Suharto mengatakan bahawa beliau ingin semangat "Era Orde Baru" iaitu istilah yang digunakan untuk merujuk kepada zaman ketika bapanya, Suharto, berkuasa, untuk "kembali semula." 

Sumber : CNA/SM/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan