Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

4 militan maut di Jordan ketika serbuan polis

Jurucakap pemerintah menyatakan bahawa semasa operasi itu, para suspek enggan menyerah diri kepada para pegawai keselamatan, malah meletupkan sebahagian daripada bangunan tersebut.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 12 Aug 2018 05:48PM Dikemas Kini : 12 Aug 2018 10:32PM

JORDAN: Empat orang yang disyaki militan mati di bandar Salt, Jordan apabila polis menyerbu sebuah bangunan tempat persembunyian militan-militan yang disyaki melakukan serangan bom ke atas sebuah van polis pada Jumaat lalu (10 Ogos).

Jurucakap pemerintah menyatakan bahawa semasa operasi itu, para suspek enggan menyerah diri kepada para pegawai keselamatan, malah meletupkan sebahagian daripada bangunan tersebut.

Menurut beliau lagi tiga militan berjaya diberkas.

Para saksi mengatakan bahawa mereka terdengar letupan kuat berdekatan dengan tempat tersebut di mana, menurut seorang sumber pihak keselamatan bahawa beberapa bom diletuskan oleh polis, sementara mereka mula menghampiri para militan itu.

Sejak awal tahun ini pasukan keselamatan Jordan sudah diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga lebih tinggi.

Para penyokong ISIS dipercayai akan melancarkan serangan balas dendam setelah kehilangan sebahagian besar kawasan yang ditawannya di Syria dan Iraq.

Jordan terlibat dalam operasi perikatan tentera pimpinan Amerika Syarikat yang memerangi kumpulan pengganas itu.

Sumber : Agensi berita/MU/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan