Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

4 maut, sekurang-kurangnya 10 cedera susuli tembakan rambang di California

Seramai empat orang maut dan sekurang-kurangnya 10 yang lain cedera, termasuk kanak-kanak, apabila seorang lelaki bersenjata melepaskan tembakan rambang di beberapa lokasi, termasuk sebuah sekolah di California.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 15 Nov 2017 08:09PM Dikemas Kini : 15 Nov 2017 09:26PM

CALIFORNIA: Seramai empat orang maut dan sekurang-kurangnya 10 yang lain cedera, termasuk kanak-kanak, apabila seorang lelaki bersenjata melepaskan tembakan rambang di beberapa lokasi, termasuk sebuah sekolah di California.

Penyerang itu kemudian mati ditembak polis menyusuli insiden tembak-menembak.

Kejadian itu berlaku di sebuah kawasan pedalaman, Rancho Tehama Reserve.

Menurut polis, jumlah kematian mungkin meningkat kalau tidak kerana tindakan pantas kakitangan dan para pelajar sekolah berkenaan mengurungkan diri mereka dalam dewan yang berkunci.

Hanya seorang kanak-kanak cedera akibat tembakan itu manakala seorang lagi mengalami cedera ringan. 

Sumber : CNA/MM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan