Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

4 maut dalam kejadian tembakan Kanada, lelaki ditahan: Polis

Empat orang ditembak mati di Penticon, British Columbia, pada Isnin (15 Apr) dan seorang suspek ditahan. Demikian menurut Polis Berkuda Diraja Kanada (RCMP) dalam satu kenyataan.

Anggaran Waktu Membaca:
4 maut dalam kejadian tembakan Kanada, lelaki ditahan: Polis

Empat orang ditembak mati di Penticon, British Columbia. (Gambar: Penticton Herald/Joe Fries/Reuters)

Diterbitkan : 16 Apr 2019 02:39PM Dikemas Kini : 16 Apr 2019 02:43PM

OTTAWA: Empat orang ditembak mati di Penticon, British Columbia, pada Isnin (15 Apr) dan seorang suspek ditahan. Demikian menurut Polis Berkuda Diraja Kanada (RCMP) dalam satu kenyataan.

"Polis mengesahkan bahawa empat orang meninggal dunia di tiga tempat dalam lingkungan jarak 5 kilometer," menurut kenyataan itu.

"Seorang lelaki yang padan dengan gambaran suspek menyerah diri di unit Penticton RCMP. Lelaki tersebut ditahan sementara siasatan dijalankan. Tanda-tanda awal menunjukkan bahawa ia adalah satu insiden yang dirancang," menurut kenyataan itu.

Insiden tembakan pertama dilaporkan pada jam 10.30 pagi waktu tempatan (1730 GMT).

Apabila pihak polis sedang dalam perjalanan ke tempat kejadian tersebut, insiden tembakan kedua dilaporkan.

Suspek yang terlibat dalam kedua-dua tembakan menyerah diri sekitar sejam selepas laporan pertama dibuat, menurut polis.

Motif serangan tembakan itu masih belum diketahui.

Sumber : Reuters/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan