Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

4 maut dalam 2 insiden keganasan di Narathiwat

 Empat orang termasuk dua anggota polis dan seorang tentera laut maut manakala empat lagi cedera parah dalam dua insiden keganasan di Narathiwat, selatan Thailand, hari ini (28 Sep).

Anggaran Waktu Membaca:
4 maut dalam 2 insiden keganasan di Narathiwat

Sebuah trak polis terbalik menyusuli satu letupan bom di Kampung Namwong di daerah Chanae, Narathiwat, pada 28 Sep 2021. (Gambar: The Bangkok Post)

Diterbitkan : 28 Sep 2021 10:50PM Dikemas Kini : 28 Sep 2021 11:03PM

NARATHIWAT: Empat orang termasuk dua anggota polis dan seorang tentera laut maut manakala empat lagi cedera parah dalam dua insiden keganasan di Narathiwat, selatan Thailand, hari ini (28 Sep).

Ketua Polis Narathiwat Pol. Mej Jen Narin Busaman berkata sebutir bom buatan sendiri diletupkan di Kampung Namwong di daerah Chanae, menyebabkan dua anggota polis maut di tempat kejadian.

Beliau berkata insiden itu belaku kira-kira 2.15 petang waktu tempatan ketika lapan anggota polis menaiki dua pikap dalam perjalanan pulang ke Balai Polis Chanae.

“Ketika melalui tempat kejadian, bom buatan sendiri yang dipercayai ditanam di jalan raya diletupkan menyebabkan kedua-dua pikap itu melambung sejauh 50 meter dan remuk. 

“Dua anggota polis ditemui maut di tempat kejadian manakala empat lagi cedera parah,” katanya kepada wartawan hari ini. 

Sementara itu, Jen Narin berkata seorang anggota tentera laut maut dalam kejadian berbalas tembakan di ladang kelapa sawit di daerah Bacho, kira-kira pukul 11.20 pagi waktu tempatan hari ini. 

Beliau berkata pasukan keselamatan mengepong ladang kelapa sawit yang dipercayai tempat bersembunyi sekumpulan anggota militan.

“Dalam insiden berbalas tembakan itu, seorang anggota militan turut ditemui maut di tempat kejadian… operasi masih diteruskan,” katanya.

Sumber : Bernama/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan