Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

4 maut, 6 cedera dalam letupan di England

Satu letupan berlaku semalam (25 Feb) yang mengakibatkan empat orang maut dan sekurang-kurangnya enam orang cedera. Sebuah bangunan punah-ranah tinggal serpihan ekoran letupan itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 26 Feb 2018 09:32AM Dikemas Kini : 26 Feb 2018 10:55PM

LEICESTER: Satu letupan berlaku semalam (25 Feb) yang mengakibatkan empat orang maut dan sekurang-kurangnya enam orang cedera. Sebuah bangunan punah-ranah tinggal serpihan ekoran letupan itu.

Polis Britain menyatakan tiada tanda-tanda awal yang menunjukkan letupan itu satu serangan pengganas.

Gambar-gambar dan video-video yang dimuat naik ke laman Twitter menunjukkan kebakaran teruk di tempat kejadian.

"Semua khidmat kecemasan dikerahkan untuk menangani kejadian ini," menurut pasukan polis dalam kenyataanya. "Tolong elak daripada melalui kawasan ini."

Menurut sebuah hospital tempatan, dua pesakitnya kini dalam keadaan kritikal sementara empat lagi cedera ringan.

Bangunan yang terjejas adalah sebuah rumah kedai di mana terdapat kedai runcit di lantai bawah dan rumah flat di atasnya.

"Kami terdengar bunyi ledakan yang kuat. Ia menyeramkan," kata seorang penduduk yang tinggal berdekatan, seperti ditukil laporan Mercury.

"Kami nampak banyak asap dan kebakaran besar beberapa saat kemudian."

Jabatan Bomba tempatan menyatakan ia mengerahkan enam kereta bomba selepas menerima aduan tentang letupan besar dan bangunan runtuh.

Beberapa bangunan lain turut terjejas, sementara rumah-rumah dan kedai-kedai berdekatan sudah dikosongkan. 

Sumber : Reuters/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan